Assalamualaikum wbt.
Saya teringat satu hari tu, saya minta abah saya belikan satu komputer untuk saya. Tapi ayah saya kata, " nantilah!!!!". Saya minta ayah belikan komputer sebabnya komputer yang ada selalu digunakan oleh adik saya. Tapi bukan guna apa sangatpun... asyik main games je. Sekarang ni komputer tu pun dah rosak.
Sampai hari ni kalau saya nak guna komputer terpaksalah pergi ke pusat komputer (cc). Bagus juga sebabnya di cc ada capaian internet. Rasa seronok kerana dapat melayari internet berbanding dengan kat rumah. Capaiannya baik sebab mengunakan jalur lebar. saya mudah mencari info. Kalau tak faham saya tanya kakak atau abang yang ada kat sebelah. Mereka sangat membantu. Sekarang ini saya tidak kekuk lagi menggunakan internet. Saya sentiasa dapat maklumat dan pengalaman baru hasil dari adanya perkhidmatan internet dan jalur lebar.
No comments:
Post a Comment